HOME

Monday, May 23, 2011

✿ Tinta Hati -2 ✿

 
 
Aku biarkan rasa sayang ini pergi jauh-jauh.
Pengakhiran yang paling baik kiranya.
Hakikat itu memang jelas terbentang di depan mata.
Aku mahu berhenti membodohkan diri.
Berhenti membutakan hati.
Mengharap dan menunggu pada suatu yang tak pasti membuat aku sakit terus menerus.
Aku harus undur diri.
Mencari dan menemui kebahagiaan yang realiti.
Bukan mimpi.
.
.
.
.
.
.
Doaku, moga kau bahagia dengan keputusanmu.
Jalan itu yang kau pilih.
Melihat kau bahagia, itu juga kebahagiaan aku. 
Kegembiraan kau, juga kegembiraan aku.
Aku turut mengharap suatu hari kegembiraan itu hadir untuk aku.
Moga langkahan keputusan aku ini memberi seribu erti.
Tinggal segala yang pahit.
Moga Allah hadiahi aku dengan yang manis selepas ini.
Aku tekad. Aku pasrah.
.
.
.
.
.
 
Sakit itu kau yang cipta
Sengsara itu kau yang pilih
Menangis tiada guna
Tiada siapa bisa pulih