HOME

Friday, February 24, 2012

✿ Saling Melengkapi ✿

 
 
Manusia dicipta oleh Allah supaya saling melengkapi. Manusia tidak dijadikan sempurna.
 Pasti ada banyak kekurangan. Menjadi tugas setiap manusia saling melengkapi.
Tak kiralah dalam bersahabat, berkeluarga, berpasangan..
Pasti ianya menuntut kita untuk saling memberi dan menerima.
Menerima setiap kekurangan orang lain beerti kita ikhlas menerimanya. Bila ikhlas, pasti kita dapat memberi yang terbaik untuk orang lain.
 

Jika bersahabat ataupun berpasangan, jangan sekali-kali menuntut kesempurnaan dari sahabat kita mahupun pasangan kita.
Kesempurnaan yang kita dambakan sebenarnya memakan diri sendiri.
Kita tidak akan dapat mencari kesempurnaan tersebut kerana setiap yang dijadikan di dunia ini tidak sempurna.
 

Jangan mengejar kesempurnaan dari orang lain mahupun ingin menjadi sempurna untuk orang lain.
Renungan...
 

Wahai wanita,,
 
"Suami yang menikahimu tidaklah semulia Nabi Muhammad SAW tidaklah setaqwa Nabi Ibrahim AS pun tidaklah setabah Nabi Ayyub AS,
suamimu hanyalah pemuda akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh.
Pernikahan mengajarkan kita kewaajipan bersama, suami adalah nakhoda kapal,
kamu pegemudinya, suami menjadi rumah, kamu penghuninya.
Suami sebagai guru, kamu muridnya.
Seandainya suami lupa......bersabarlah kamu memperingatinya"
 

Wahai lelaki,,
 
"Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah R.A, tidaklah setaqwa Aisyah R.A,
pun tidaklah setabah Fatimah R.A. Isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi isteri yang solehah, pernikahan mengajarkan kita kewajipan bersama.
Isteri menjadi tanah, kamu penaungnya. Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya.
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.
Seandainya isterimu tulang yang bengkok.......berhati-hatilah kamu meluruskannya"
 
 
Saya tidak sempurna, kalian juga tidak sempurna.. Sekadar renungan bersama..
 
 

*berusaha menjadi yg terbaik utk diri dan org lain*